Assalamualaikum .
Hari ni ain terperasan satu benda , ain masih hidup ! Alhamdulillah :')
Maksudnya , ain masih ada banyak khilaf sepanjang ain hidup dan Allah dengan penuh Maha Pengasih memanjangkan umur ain untuk terus ain beribadah kepada Dia . Hanya Dia ! Iaitu Allah .. Semoga entry kali ni diterima Dia sebagai satu ibadah , Amiin :')
Oke lah , itu mukadimah ja tau . Entry kali ni ain nak cerita tentang Boyfriend ain ! Wuuu mesti korang dah excited kan ? Ha lha , budak ni pun ada boyfriend . Gatalnya , harap blog ja // Being Muslim tapi .. rupanya ada boyfriend . Korang nak tahu sebab apa ain ada boyfriend ? Budak zaman sekarang kan dah MAJU ! Heee :D
Sebenarnya ain dah lama berkasih sayang , bermesra dengan Dia . Hari ni baru ada keberanian nak tonjolkan lagi si Dia tu . Maklumlah , boyfriend ain ni terlalu Comel ! Kalau orang lain tahu tentang Dia , sure orang lain pun akan suka dekad Dia . Nanti ain jeles , tak boleh tak boleh .
Tapi kini , ain baru sedar . Dia tu milik semua orang , sesiapa pun berhak memiliki Dia * macam ayat pasrah kan ? Hehe :') Ain tak pernah jumpa Dia , tak pernah bertentang mata dengan Dia . Memang sedih , tak macam kebanyakkan pasangan Couple hari ni . Masing-masing boleh berjumpa , bersembang , buad segalanya bersama .
Tapi Dia dah janji dengan Ain , suatu hari nanti ain mesti dapat jumpa dengan Dia . Tapi bersyarat ! * Alamak ada syarat lah pulak , takpa takpa . Demi yang Tercinta , insyaAllah apa pun ain sanggup lakukan . Korang nak tahu apa syarat Dia ?
First) Kena buad something yang Dia suruh .
Second) Tinggalkan larangan Dia samada zahir ataupun batin .
Third) Mencintai orang yang dicintai Dia .
Fourth) Benci kepada apa yang Dia benci .
Sebenarnya , syarat Dia terlalu Berat . Tapi itu lah syarat sebelum ain dapat jumpa dengan Dia . InsyaAllah ain akan buad semua syarat tu hanya kerana Dia . Cuma Dia !
Korang nak tahu sapa Dia tu ? Jeng Jeng Jeng ..
Allah Subhanallahu Ta'ala
* Eh ain ni , tak rock lah ! Ingatkan boyfriend betul . Haha , maaf lah . Saja buad korang Saspen :P Inilah Dia yang ain sayang , ain cinta InsyaAllah . Ain nak jumpa Dia , korang doakan ain dapat jumpa Dia tau ! :')
Jika Allah mencintai seseorang , Dia akan berkata ' Wahai Jibril , aku mencintai si Fulan ! Maka cintailah si Fulan tersebut ' Kemudian , Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit , bahawa - Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan , maka cintailah dia !
( Riwayat Ahmad )
Subhanallah ! Indahnya Cinta Allah :')
Nota * Allah itu berhak dicintai , cintailah Dia hanya kerana Dia ! Semoga entry kali ni memberi manfaat :D maaf jika ain ada terkasar bahasa , bersama meraih cinta Ilahi ! :D Klik sini sekejap , tenkiu ! :D
Jap jap , lupa nak bagi salam . Assalamualaikum semua ! :)
9 comments:
ingatkan bf betul tadi. hee. ada cara tak macam mana kita nak betul-betul cinta pada allah? haap sangat dapat buat entri pasal soalan saya ni. thanks. :)
Best2 entry ni. thumbs up.mudah2an kita semua dapat berjumpa dengan dia insyaallah
habeh dh akak ! suka sgt , inspirasi :D thanks for awesome entry :D
ingtkn sp lh td , huhu :D
waalaikumussalam.. :D
Apalah makna cinta & rinduku jika tidak bersama kasih sayang dari MU...
Moga Allah kasih.
dear, ingtkan td btl2 ada bf..skali tgk kat bawah da agak da..hihi...kita perlukan cinta Allah, Allah x perlukan cinta kita pon..hihi
eyhh boleh dahh ~,~
huhu....igt cite pasal BF td.....hehe....betullah cinta Allah itu kekal abadi..tanpa ragu2 dan was2 ;)
benarlah katamu duhai muslimah sejati,
cinta allah itulah yang hakiki,
mencintainye kita juga akan dicintai,
cintailah dia kerna disitu letak bahagia yg abadi..
Post a Comment