Muslimah itu Dijaga :')


ASSALAMUALAIKUM 


Satu hari nanti , * ibu ayah * mama abah * ummi abi akan pergi tinggalkan kita . Dan kita tidak akan mempunyai apa-apa pertolongan dari sesiapapun . Tapi percayalah ! Allah itu sentiasa ada dengan kita , tatkala kita sedih , kita senang , kita susah . 

Dia sentiasa memerhatikan kita , jadi jagalah solatmu wahai sahabatku . Jaga adabmu ! Tak mungkin kita nak minta pertolongan dari seseorang tanpa mengikut arahanNya :') 

Kerana dengan Solat dan Adab , ia mencerminkan bagaimana perwatakan seseorang Muslimah itu . Dan semestinya , ia akan membuatkan Muslimah itu bertambah kuat dan tabah , insyaAllah :')

Quick Segment: Why We Love Blogging? By Najihah Najmy





ASSALAMUALAIKUM 

Segmen lagi ! Alhamdulillah ^^

Macam biasa lah , klik banner kalau nak join ^^

Jom kita start menaip :P

Based on the terms , I should state the reason why -



1- Firstly , sebab nak tambah bilangan rakan . Kita taktahu selama mana kita berkawan . Perhaps , we can help them if anything wrong happens * tolong dalam buad tutorial :P


2- Kedua , sebab nak mengeratkan silaturrahim samada sesama Muslim or Non-Muslim . Dalam Islam , Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah dia mengeratkan silaturrahim - Riwayat Bukhari :D

3- Yang ketiga , kita akan tahu apa yang kita tak tahu * tambahkan ilmu * Kadang-kadang banyak benda kita tak tahu , contohnya apa yang jadi di Syria , Gaza . Mana-mana blogger yang tahu sure akan sebarkan maklumat melalui entry diorang :)

4- Even dengan blogging kita dapat jana pendapatan * cash out orang kata :D 
Walaupun tak banyak kadang-kadang tu , tapi ada jugak daripada takdak ^^


5- Tanpa kita sedar , time kita blogging tu kita dapat tambah perbendaharaan kata kita . Macam-macam bahasa kita akan jumpa , * english celop * english tulen * malay celop . Shortform pun ada . Sure bertambah vocabulary korang , Haha -.-

Najihah kata kena tag orang , jadi ain nak tag : [ Maaf ]


Alhamdulillah , ain dah follow blog Najihah : 


----------------------------------------------------

Kali ini ain blogwalking blog Najihah , 
Terjumpa pulak dengan segmen ini , 
Semua syarat ain ikod dah , 
Harap-harap ain menang segmen ini . 

---------------------------------------------------------------

Lagi satu , ain terlupa password twitter ain . Jadi maaf ye :( Anything problems , boleh godek-godek dekad facebook Ain :D Korang pun join lah oke ! Wassalamualaikum :)


End Year Giveway by Aisyhah and Zaa Tyra


ASSALAMUALAIKUM 

GiveAway lagi ! Hee ^^ Tapi , alhamdulillah ain masih berpeluang nak menaip :') 

Klik banner dekad bawah ini kalau korang nak join :D

Kalau korang tengok , hadiah dia banyak , sir gempak * meletop ! Tak salah kalau nak cuba , rezeki Allah nak bagi dekad mana-mana pun boleh dapat :D Cuma 5 hari ja , jadi jemput join ramai-ramai ^^

GA ini kalau kurang dari 30 orang , akan dibatalkan . Rugi lah kalau macam tu , jadi korang promote lah habis-habisan -.- 

Kena tag lah awak , jadi kita decide nak tag : 
Fiqah dan Nurin * hope korang tak marah ain tag :') 

Note * Cara pemilihan guna random.org , ain tak berapa suka benda tu ^^ Apa-apa pun , join tau . Banyak hadiah wehh -.- Lagi satu , ain lupa password account twitter ain , jadi maaf takboleh follow :(

Wassalamualaikum :)

First Giveaway by Shekechik


ASSALAMUALAIKUM 

Hai , korang sedang membaca blog ain ! Say what ? Alhamdulillah * macam ajar budak-budak -.- Oke lah , ain taktau nak update apa . Sebenarnya masih mencari tajuk , kalau korang nak suggest bagitau ain ;) Jadi , dengan kelapangan yang ada ain join GA ini . 


Hari ini ain nak elak borink , 
Ain pun blogwalking cari macam-macam , 
First Giveaway by SheKechik , 
Ain join harap menang !

Ain nak tergelak baca pantun tu , nampak macam pantun budak-budak . Hee ^^ Tapi takpalah , apa-apapun congratulations kepada SheKechik sebab berjaya buad GA ini :D 

Lastly , Wassalamualaikum semua ;)


Final Year GiveAway by TehaaNFM & Ammin



ASSALAMUALAIKUM 

Hai , ain join GA lagi lah . Maklumlah , saya new blogger . Jadinya terlebih excited , Hehe ^^ Tapi alhamdulillah berpeluang lagi nak sertai :') Btw , this is another simple Giveaway that I found , korang free-free kan lah diri korang untuk join ye :D 


Klik-klik untuk join oke :)



Ain done follow blog * like pages Ammin ^^


Selesai follow blog * like pages TehaaNFM :D


And done follow blog * like pages Leeya ^^


Ain dah follow blog * like pages Iema Gurlz :D


And lastly , ain selesai follow blog * like pages Girl on the Slop ^^



Ain sebenarnya borink sebab tu terlebih rajin bagi bukti , Hehe -.-
Korang pun kalau borink , join lah GA ni :D

Tapi .. Maaf . Twitter ain tak boleh follow . Lupa password account -.-
Wish I could win , insyaAllah . Nothing impossible with Allah . Remember that ;)

Note * Cabutan menggunakan tangan bukan random.my :)
Wassalamualaikum ^^

Rasulullah Kalah :'(


ASSALAMUALAIKUM 

Hello Readers :D Macam mana korang hari ini ? Sehad ? Selsema ? Allahu , sakit itu kan Penggugur Dosa . Bersyukurlah ! ^^


Oke lah , cuti-cuti macam ni mesti banyak GA kan ? Korang sure join kan , menang tak ? Alhamdulillah , tahniah kepada yang menang . Kepada yang kurang berjaya , try lagi tau . Banyak lagi GA boleh join , oke :D 

Hari ini , ain nak kongsi satu story dengan korang . Tajuk dia , 
Kekalahan Rasulullah S.A.W ! Sebenarnya story ini sangat berkait rapat dengan kita , para blogger yang menyertai pelbagai GA pada musim cuti ini :)

Jom kita start story kita , moh le kite . Hehe ^^ 



 Ada satu hari tu , Rasulullah berjalan-jalan di padang pasir bersama dengan para sahabat , bawak unta sekali . Kemudian datang seorang pemuda bersama dengan untanya , mendekati Rasulullah lalu berkata : 

' Wahai Rasulullah , sudikah kamu jika aku ajak untamu dengan untaku berlumba ? ' 

Rasulullah pun kata , oke aku setuju * Yang tu ayat ain , bukan ayat Rasulullah tau * Jadi , unta Rasulullah dengan unta pemuda tu pun berlumba . Para sahabat bersemangat menyokong unta Rasulullah , supaya menang . 

Tapi , tahu tak ? Unta Rasulullah kalah dalam perlumbaan tu . Para sahabat yang bersemangat tadi , jadi sedih . Ha lha , unta Rasulullah kalah :'( 

Lantas , Rasulullah berkata : 

' Wahai sahabatku , janganlah risau . Allah itu berkuasa menjadikan seseorang itu kadang-kadang berada di bawah , dan kadang-kadang di atas . '  

Kemudian , Rasulullah pun mengucapkan tahniah kepada pemuda itu atas kemenangan untanya itu . See ? Allahuakbar , hebatnya percaturan Allah untuk kita . Segalanya telah diaturkan dengan baik sekali ^^ 



Jadi , korang takpayah lah sedih kalau kalah apa-apa GA . Mungkin kalau kita menang , kita riak . Jadi , Allah nak pelihara kita dari sifat tu . So Sweet kan ? ^^  Dan lagi satu , menang kalah tu kan adat pertandingan * kenyit mata dekad korang ;)


Note * Kalau ada apa-apa yang salah , tolong perbetulkan ye . Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri , dan tekun menjadi muslim dan muslimah yang disayangi Allah ! Semoga Barakah Allah sentiasa bersama kita , Amiin :') Wassalam :)


December Wish Giveaway by Liyana and Myra


ASSALAMUALAIKUM

TARIKH TAMAT : 25 / 12 / 2012
PENGUMUMAN PEMENANG : 26 / 12 / 2012

Kalau korang perasan , yang ini GA kedua ain join untuk bulan ni . So spectacular ! Hee :D Maksudnya , Allah dah panjangkan umur ain nak tulis entry ni , alhamdulillah :') Kalau korang nak join , jom lah . Sementara ada masa lagi :D 

Oke lah , tentang GA ni , ain rasa yang ni paling simple . Sebab tu ain join , sebab ain taksuka GA banyak-banyak syarat . Haha :D Btw , Harap maklum tentang tu tau -.- 

Lets's start our writing :P 
My wish for this December are : 

  Tahun depan , I'm the one of the victim of  PMR . Definitely ain wish supaya ain dapat 9A's . Please , pray for me ? :') 

  2 Supaya kawan ain , Jessica Johnson masuk Islam :') * Dia cuba pakai tudung semalam and she's so cute :'D

 Ain harap ain dapat bawak adik ain pergi Mekah * guna duit sendiri . Dia tak berhenti cakap tentang Mekah since last month :')

 4  Ain wish supaya mak dengan ayah ain , sentiasa sehad dan sentiasa ada dengan ain . Yang ain paling pasti , supaya mak ayah ain sentiasa bangga ada anak macam ain :'D

 5 Ain harap supaya dosa-dosa ain pada tahun 2012 diampunkan oleh Allah , dan semua amalan ain diterima . Begitu jugak dengan semua umat Islam yang lain :') 

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini . Semoga segala amalan buruk , dimaafkan samada di antara kita dengan Allah ataupun manusia . Semoga segala amalan baik , diterima oleh Allah .

And lastly , Amiin .. :) 

Note for manager * Wish I win , insyaAllah walaupun entry tentang wish ni tak menarik -.- Alhamdulillah semua syarat , ain dah ikod . Cuma maaf ain tak boleh follow twitter . Lupa password account meh -.-

Thanks for reading , and hope entry ini dapat memberi serba sedikit manfaat :') 
Sebarang ketidakpuashatian , boleh IM ain . Personal oke , thankyou :)












Hensemnya One Direction :D


ASSALAMUALAIKUM 

Hari ni , kita akan santai-santai sikit ! Boleh ? Hehe :D 
Korang sure kenal ahli-ahli One Direction , bohong kalau tak kenal ! ^^ 

See ? Kenal tak ? :O

Semua hensem-hensem , kan ? Korang suka yang mana , nanti share lah dengan ain tau . Janji tak curi korang punya . Haha :D

Oke lah , korang mesti tertanya-tanya . Kenapa ain buad Entry pasal diorang ? Meh nak story morry dengan korang :D

Adala , satu blog tu , perempuan tau ! Time ain tengah Blogwalking , ain terjumpa blog dia ! So Exclusive and so Fanatic :O Can you imagine , from header to the footer , full dengan gambar group One Direction ja . Series cakap , ain terpegun sangat :O

Ain investigate lah tentang dia , alhamdulillah dia tak lah fanatik sangat . Biasa-biasa ja ;) tapi yang paling ain best sembang dengan dia , dia Peramah sangat . Btw , dia cerita habes tentang group One Direction ! Bertambah ilmu ain , alhamdulillah . Haha -.-

Cakap tentang fanatik , group apa lagi yang korang suka ? Shareshare lah dengan ain :D
Fanatik , fanatik jugak . Jangan sampai Melalaikan , oke ;) 

Ketakjuban itu Wajib bagi Allah serta utusanNya , Rasulullah S.A.W 

Tak kesahlah korang suka mana-mana person or group , makesure Allah tu tetap nombor SATU dalam hati . Sekarang ni , Malaysia dilanda wabak K-Pop :O Ain tak berapa minat yang tu , warna rambut diorang macam-macam . Pening ain tengok -.- Tapi ada lah jugak yang cute , hehe ^^


Dia kata yang ni paling CUTEST , bagi ain .. boleh lah -.-
Ada orang kata , nama dia Kim Kibum . Betul ke ? :D

Ehh korang ! Jangan fanatik sangat tau , nanti membawa Maut :P Yang penting , jangan sampai semua kecomelan tu menyebabkan keruntuhan akhlak :) Kita masih ada agama , Islam dan pelihara lah agama tu sampai Mati . Ingat , Syurga itu untuk orang yang beragama Islam sahaja !

Dan lagi satu , jangan jadikan Islam anda hanya di dalam IC / Kad Pengenalan ^^

Akhir kata , Allah Didahulukan , Rasulullah Diutamakan :D

Note * Ain mintak maaf sangat kalau ain ada tersalah cakap , hope korang faham apa sebenarnya maksud entry kali ni * macam pasrah ja ain ni , hehe :') Kalau ada masalah , IM ain dekad facebook ain . Ehh bukan yang tu , yang ni - Ain - Semoga barakah Allah sentiasa bersama kita , Amiin :) 







Tutorial : Mencintai Allah ! :D


ASSALAMUALAIKUM

Ni entry ke berapa ? Ke-7 ! Alhamdulillah ain masih panjang umur nak menulis :D
Ehh jap ! Korang jangan salah sangka , entry kali ni bukan tentang tutorial Blog ! Tapi tutorial Hati , masing masing antara kita mencari redha Ilahi . Jadi tak salah kan ain buad Tutorial Hati ? Heee :D

Sebenarnya , tajuk ni ain tak terpikir nak tulis pun . Tapi alhamdulillah ain dapat idea nak tulis dari kawan kita , nama dia Annie . Big claps to her , bagi tajuk . Thanks awok :D



Oke , berbalik kepada tajuk utama entry kita iaitu : CARA MENCINTAI ALLAH :)

Ada seorang kawan ain , nama dia ? Secret lha ! :P 
Dia beritahu ain , cinta Allah itu cinta yang paling Agung ! Cinta yang berbalas tau ! Tapi , macam mana kita nak mencintai Allah ? 

First) Solat ! Kita kena jaga solat kita tau . Maksud ain bukan protect dia dari orang Jahat , satgi korang pikir pelik pelik pulak :P Maksud ain , lakukan yang Wajib ! Dan kalau ada free time , yang Sunat tu amalkan ye . Pahamkan maksud ayat dalam solat , dan hayati ! Yang penting , Niat :)

Second) Baca Al-Quran . Satu satunya buku yang segala macam ada dalam Al-Quran , takpayah cari tempat lain , search dalam Al-Quran ja ! Tapi sebelum search , korang kena paham dulu maksud dia , pahamkan betul betul dan hayati . Al-Quran tu kan Surat Cinta dari Allah :)

Third) Zikrullah ! Oke , berapa banyak zikrullah yang korang tahu ? Banyak kan ? Jadi , tak kesah lah korang nak berzikir yang jenis macam mana . Tapi ain suka Hafiz Hamidun punya , suara dia merdu jaa :D

Fourth) Mendahulukan cinta Allah . Ain nak tanya , korang ada Boyfriend , boyfie atau apa apa ja lah ? Ada ? Good , korang Jujur :D Tapi kita kena ingat , Allah yang memberi kita cinta manusia ! Jadi , bersyukur lah . Dan jangan sesekali mengabaikan hukum hakam agama semata kerana cinta lain :')

Fifth) Kenali kebesaran nama dan sifat Allah . Nama Allah ada berapa ? Oke , 99 . Pandai ! :D Sifat Allah pulak ? 10 , 20 , 30 ? Sapa nak jawab , angkat kening :P Oke , sifat Allah ada 20 tau kawan :) Pahamkan maksud nama dan sifat Allah , insyaAllah kita akan tahu bahawa hebatnya Allah itu :D

Sixth) Alam Semulajadi . Oke , kalau korang pergi melancong , mesti banyak benda cantik korang tengok kan ? Lagi lagi dekat Jepun . Pokok Sakura dekad sana cantik kan :D Korang try renung , perhati kecantikkan tu semua . Daripada mana datangnya , macam mana boleh tumbuh . Then , korang akan rasa benda tu something yang Superb Awesome :)

Seventh) Bersahabat dengan orang yang mencintai Allah . Soalan , kita boleh observe seseorang tu berdasarkan perilaku dia , betul ? Jadi , tengok kawan korang . Samada diorang tu Decent ataupun Nonsence . Kadang kadang , kesalahan orang lain boleh dijadikan tauladan tau ;)

Lastly) Menjauhi laranganNya . Apa saja benda yang membawa Dosa , itu lah perkara yang dilarang oleh Allah . Jadi senang kan ? Orang tua tua kata : Hang toksah buad perangai tak Senonoh , heee :P

Extra : Doa Mencintai Allah
Ya Allah , kurniakanlah rasa cintaku padaMu , dan cinta pada insan yang mencintaiMu , dan beramal dengan amalan yang membawa pada cintaMu . Amiin .

Yang tu serba sedikit penjelasan tentang cara mencintai Allah oke . * Serba sedikit apa Ain ni , panjang berjela ! Hadoih sorie sangat , hope korang tak bosan baca :')


' Apabila Dia mendekatiku dengan jarak sejengkal , nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta . Apabila dia mendekatiku dengan jarak sehasta , nescaya Aku mendekatinya sedepa . Dan jika dia mendekatiku dengan keadaan berjalan , nescaya Aku mendekatinya dengan berlari lari anak ' ( Riwayat Muslim )

Nota * Allah tu Superb Hebat kan ? :D Semoga kta bersama dapat mencintai Allah :) Semoga bermanfaat ! Jika ada pertanyaan , jangan segan silu nak tanya tau . Assalamualaikum :)


Sayang Dia ! :D


Assalamualaikum . 

Hari ni ain terperasan satu benda , ain masih hidup ! Alhamdulillah :')
Maksudnya , ain masih ada banyak khilaf sepanjang ain hidup dan Allah dengan penuh Maha Pengasih memanjangkan umur ain untuk terus ain beribadah kepada Dia . Hanya Dia ! Iaitu Allah .. Semoga entry kali ni diterima Dia sebagai satu ibadah , Amiin :')

Oke lah , itu mukadimah ja tau . Entry kali ni ain nak cerita tentang Boyfriend ain ! Wuuu mesti korang dah excited kan ? Ha lha , budak ni pun ada boyfriend . Gatalnya , harap blog ja // Being Muslim tapi .. rupanya ada boyfriend . Korang nak tahu sebab apa ain ada boyfriend ? Budak zaman sekarang kan dah MAJU ! Heee :D 

Sebenarnya ain dah lama berkasih sayang , bermesra dengan Dia . Hari ni baru ada keberanian nak tonjolkan lagi si Dia tu . Maklumlah , boyfriend ain ni terlalu Comel ! Kalau orang lain tahu tentang Dia , sure orang lain pun akan suka dekad Dia . Nanti ain jeles , tak boleh tak boleh . 

Tapi kini , ain baru sedar . Dia tu milik semua orang , sesiapa pun berhak memiliki Dia * macam ayat pasrah kan ? Hehe :') Ain tak pernah jumpa Dia , tak pernah bertentang mata dengan Dia . Memang sedih , tak macam kebanyakkan pasangan Couple hari ni . Masing-masing boleh berjumpa , bersembang , buad segalanya bersama . 

Tapi Dia dah janji dengan Ain , suatu hari nanti ain mesti dapat jumpa dengan Dia . Tapi bersyarat ! * Alamak ada syarat lah pulak , takpa takpa . Demi yang Tercinta , insyaAllah apa pun ain sanggup lakukan . Korang nak tahu apa syarat Dia ? 

First) Kena buad something yang Dia suruh .
Second) Tinggalkan larangan Dia samada zahir ataupun batin .
Third) Mencintai orang yang dicintai Dia .
Fourth) Benci kepada apa yang Dia benci . 

Sebenarnya , syarat Dia terlalu Berat . Tapi itu lah syarat sebelum ain dapat jumpa dengan Dia . InsyaAllah ain akan buad semua syarat tu hanya kerana Dia . Cuma Dia !

Korang nak tahu sapa Dia tu ? Jeng Jeng Jeng ..

Allah Subhanallahu Ta'ala 

 * Eh ain ni , tak rock lah ! Ingatkan boyfriend betul . Haha , maaf lah . Saja buad korang Saspen :P Inilah Dia yang ain sayang , ain cinta InsyaAllah . Ain nak jumpa Dia , korang doakan ain dapat jumpa Dia tau ! :') 

Jika Allah mencintai seseorang , Dia akan berkata ' Wahai Jibril , aku mencintai si Fulan ! Maka cintailah si Fulan tersebut ' Kemudian , Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit , bahawa - Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan , maka cintailah dia !
( Riwayat Ahmad )

Subhanallah ! Indahnya Cinta Allah :') 


Nota * Allah itu berhak dicintai , cintailah Dia hanya kerana Dia ! Semoga entry kali ni memberi manfaat :D maaf jika ain ada terkasar bahasa , bersama meraih cinta Ilahi ! :D Klik sini sekejap , tenkiu ! :D 

Jap jap , lupa nak bagi salam . Assalamualaikum semua ! :)


Tutup Aurat itu Perang ?


Selama ni berangan nak start blog dengan mukadimah teantang aurat , tapi tak kesampaian .
Alhamdulillah sekarang baru ada idea nak susun ayat nak karang title ni , hehe .

Macam mana ain boleh kata tutup aurat tu perang ? Meh nak explain !

Pernah dengar tak lagu ni , 


Allah sedihnya dengar lagu ni ! Bagi pendapat ain , lagu ni serba sdikit mencalarkan imej kaum Hawa . Lagipun rakan-rakan ain terus jadi lemah semangat nak bertudung lepas dengar lagu ni . 

Budak laki kelas ain kata , lagu ni pengajaran lah ! 

Seriously ain kurang setuju ! Macam mengejek pun ada .

Tapi , lain people , lain opinion ! Kan ? 

* Apalah ain ni , tadi kata nak explain ! Tak explain pun lagi , Hehe *

HIJRAH ! Berubah dari buruk ke baik , dan berubah dari baik yang ke lebih baik . Sapa setuju ? Angkat tangan kanan ^^

Setiap apa yang kita nak HIJRAH kan , setiap itulah yang dipanggil PERANG ! Namanya perang NAFSU ! Tapi , kena ingat , perang untuk ke arah kebaikan ja yang dipanggil hijrah . * Kejahatan macam mana ain ? Ohh ! No way ! Mana boleh berhijrah ke arah kejahatan ! 

Jadi , anda paham ? Tutup aurat itu perang ! 
* Ganjaran dia apa ain ? SYURGA ! InsyaAllah :) 

Apa anda tunggu lagi ? Adik-adik , kawan-kawan , kakak -kakak ! Jom kita perang tutup aurat , kerana Allah tau . InsyaAllah selamat dunia akhirat . 

* Maaf lah ye , entry ni terlebih rock . Malunya , hehe . Semoga segalanya dimanfaatkan , sikit pun jadi lah . Pastikan kerana Allah . Kalau ada yang salah , tolong perbetulkan . Dan kalau ada yang terasa , please IM ain dekad Facebook Ain . Tolong ye ! Salam hijrah ! 

Islam Itu Mudah Kawan ! :D


Terkadang ramai yang tersalah sangka , Islam tu sukar . Namun penjelasan kepada sesiapa yang ingin mendalaminya akan mengetahui bahawa Islam itu tersangat mudah . Bahkan ia indah di mata sesiapa sahaja yang mengamalkannya .


يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Maksudnya :
' Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan , dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran .. '



Jangan Bersedih :')



Ramai orang tersalah sangka tentang ketenangan dalam hidupnya . Seringkali mengaitkan ketenangan itu atas dasar adanya harta , kekayaan dan rupa paras . Walaupun kesemua itu boleh menjadi penyumbangnya , ia bukan segala-galanya ! 

Betapa ramai orang yang memiliki rumah yang besar . Tidur di atas katil yang empuk ! Tetapi , dia tidak selesa dengan semua itu dan sudah tentu lenanya tidak nyenyak . Namun ada juga yang tinggal di pondok yang buruk ataupun usang , dan kadang-kadang mereka lebih selesa berbanding kita .

Adapun orang yang di hadapannya terdapat makanan dan lauk pauk yang serba lazat , tetapi lidahnya tidak merasainya kelazatan makanan tersebut ! Lebih enak bagi orang-orang yang kadang-kadang makannya hanya mempunyai satu dua lauk pauk , namun mereka dapat menikmati keenakkan makanan itu . 

Kata Hamka : 

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat 

Semua orang menyangka sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .

Belum tentu ! 

Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua ! 

Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka akan tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan memberikan keuntungan ! Yang mana jalan tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupannya . 

Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang dia kehilangan segala-galanya .

Berapa banyak dalam kehidupan kita , telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !

Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita , 
dan kita sekarang berada dalam keadaan baik ! 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '

Tetapi usia kita telah berjalan dan 
kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !

Ketika kita kata : ' Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '

Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup
 yang telah Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu nikmat yang terlalu besar ! 

Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah harapan kita '

Tetapi insan , bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada ! 

Sebab itu , sebahagian dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar ! 
Ramai orang terpaksa sabar , namun  belum tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .

' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '


Subhanallah ! 

Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya ! 

Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur , ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :

' Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita ! '

Baikilah Kesabaranmu ..


Pakar Motivasi acap kali menyarankan kita untuk sentiasa memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur . Pada saat itulah MUHASABAH sangat penting kerana 24 jam merupakan tempoh masa yang agak lama dalam kehidupan kita . Dalam tempoh tersebut , komunikasi kita dengan masyarakat sekeliling mungkin melibatkan pelbagai perkara , yang sudah tentu menggunakan aplikasi emosi kita sepanjang masa .

Daripada jumlah itu , mungkin ada antara mereka yang membuatkan kita GERAM ! MARAH ! KECEWA ! Sehingga menimbulkan perasaan sukar pula untuk kita memaafkan mereka . Tatkala itu kesabaran memainkan peranan yang amat penting . Terkadang sesetengah manusia akan timbul rasa bersalah atas perasaan sukar memaafkan itu .

Kalamullah merupakan sebuah penawar DUNIA dan AKHIRAT . Sebagai penyelesaiannya , berikut merupakan doa yang sesuai dijadikan benteng pertahanan kita daripada syaitan laknatullah .

ربنا افرغ علينا صبرا وثبت اقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين

Maksudnya :
Ya Tuhan kami , tuangkan kesabaran atas diri kami , dan kukuhkan pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir ( Surah Al-Baqarah , Ayat 250 )

Mohon dipraktikkan untuk kesejahteraan bersama , insyaAllah . Bittaufiq Wannajah , Selamat Beramal !