Islam Itu Mudah Kawan ! :D


Terkadang ramai yang tersalah sangka , Islam tu sukar . Namun penjelasan kepada sesiapa yang ingin mendalaminya akan mengetahui bahawa Islam itu tersangat mudah . Bahkan ia indah di mata sesiapa sahaja yang mengamalkannya .


يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Maksudnya :
' Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan , dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran .. '



PART 1 : BENARKAH SOLAT ITU MUDAH ?

Solat merupakan suatu kewajipan ibadat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T . Selain itu , ia juga : 

  • Melatih daya pemusatan fikiran
  • Meningkatkan rasa keikhlasan
  • Melatih diri mengamalkan kebersihan
  • Memberikan rehat kepada sarat dalam tubuh 
  • Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T 
  • Menanam rasa muhibbah ( solat berjemaah )
Solat itu mudah bagi yang memudahkan manakala sukar bagi yang menyukarkan . 

Walaupun terkadang kita merasa sibuk dengan setiap urusan , namun solat itu merupakan ibadat yang menjadi kewajipan dalam kehidupan seharian . Untunglah bagi sesiapa yang Allah memberikan kemudahan baginya untuk menunaikan solat .

- Bagaimana Islam memudahkan ?

a) Waktu - Afdhal solat di awal waktu , tetapi itu tak menghalang kita untuk menunaikan solat dalam lingkungan masa yang diberikan . Mudahkan ? Allah bagi kelonggaran , Alhamdulillah !

b) Wudhu' - Mudah bagi penduduk Malaysia , kerana bekalan air mudah didapati . Kalau tiada air sekalipun , Allah tu kan Maha Pengasih . Dia benarkan kita bertayamum .

c) Pakaian - Sangat mudah , pakailah pakaian yang menutup aurat , bersih daripada najis dan yang paling penting HALAL ! Ingat ya , doa orang yang memakai pakaian hasil daripada rezeki yang haram tidak akan diterima oleh Allah .

d) Jadual Waktu - Mudah bagi yang tinggal di bandar ataupun di tempat-tempat yang berdekatan dengan masjid atau surau . Bagi yang pergi mengembara , merentas hutan ataupun seumpamanya boleh melihat cahaya matahari . Subjek sains sekolah rendah pun diajar tentang tu , jadi mudahlah !

e) Arah Kiblat - Bagi kawasan di Malaysia , panduan arah kiblat boleh ditentukan melalui arah jatuhnya matahari . Kalau cuaca gelap , hujan ataupun berkabus , boleh lah memilih mana-mana arah yang diyakini .

f) Tempat - Yang ini menarik ! Di mana-mana boleh solat , asalkan selamat , bersih dan tidak menghalang perjalanan orang lain .
Anda hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk menunaikan solat .


Sebarang pertanyaan , jangan lah segan atau silu untuk bertanya ya !  





6 comments:

"✿leeaFUyaa✿ " said... [ REPLY TO COMMENT ]

Rasa tenang lawat blog ni :) Nice post btw! keep it up :)

Nurul Iman said... [ REPLY TO COMMENT ]

solat dpt dekatkan kita pada Pencipta ; Allah SWT

eiqa azra said... [ REPLY TO COMMENT ]

suka baca entri dalam blog nie! tenang je.. :)
teruskan update blog ye..

Eyqa Rawr said... [ REPLY TO COMMENT ]

suke2 kalau boleh tolong follow balik ye

http://cikeyqa01.blogspot.com

s h a said... [ REPLY TO COMMENT ]

setuju ain.dah islam itu indah. :)

Ain Al-Khawlani said... [ REPLY TO COMMENT ]

tenkiu , smoga bermnfaat :)