Mukjizat Istidraj

Assalamualaikum ! Peace C:
 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

  • Istidraj : Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia yang mengingkari arahan Allah .      ( Orang KAFIR , MUNAFIK )
Firstly , perkara luar biasa yang Ain nyatakan tadi merupakan kekayaan , keselesaan , mempunyai kereta besar , kerja hebat-hebat dan seumpamanya . Mukjizat ini Allah kurniakan hanya kepada orang KAFIR dan MUNAFIK

Mukjizat Istidraj ni merupakan satu nikmat yang ditangguhkan pembalasan oleh Allah . Tak kiralah orang tu banyak dosa sekalipun , Allah tetap berikan nikmat ni kepada dia . Tapi pada akhir sekali , Allah akan berikan balasan kepada dosa-dosa yang dia dah buat . 

SAMPAI SINI SAHAJA

Hari ni Allah kurniakan Ain kehidupan yang selesa , makan minum cukup , family yang happy , dekat sekolah pun ramai kawan . Tapi bila Ain dah belajar tentang Mukjizat Istidraj ni , Ain tertanya-tanya dekat diri Ain sendiri , " Nikmat ni betul ke Allah bagi dekad aku ? Ataupun sebagai satu ujian ? " . 

Difikir-fikirkan balik , Ain takut dengan segala nikmat yang Allah dah bagi dekat Ain pada hari ni . Ain takut semua nikmat ni Allah hanya bagi sekarang , dan Allah tangguhkan semua pembalasan dosa terhadap Ain di akhirat nanti . AllahuAkbar :'(

Tapi tak baik kan kita bersangka buruk terhadap Allah ? Dia dah kurniakan nikmat , kita kenalah bersyukur dan berkongsi nikmat tu dengan orang lain . Tapi ustazah Ain kata , elok juga kita ada perasaan berwaspada macam tu . Mungkin Allah bagi kesedaran dekat kita , suruh kita fikirkan balik . Kan kan kan ? :'D

Hai orang-orang yang beriman , makanlah di antara rezeki-rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah , jika benar-benar kepadaNya kami menyembah . ( Al-Baqarah 2 : 172 )

Korang fikir-fikirkan lah , sentiasa berdoa agar dijauhkan Mukjizat Istidraj ini . Hindarilah segala perilaku yang membawa ke arah kemurkaan Allah . Sesungguhnya balasan Allah itu teramatlah perit :(

 Btw , blog Ain nampak kemas tak ? Ataupun nampak lagi berserabut :/ 

Sincerely , AinMfna .

2 comments:

spontaneous_gurlz said... [ REPLY TO COMMENT ]

moga kita tidak tergolong dlm golongan yang diuji Allah;istidraj.Amin :)

Cik Fie said... [ REPLY TO COMMENT ]

Assalamualaikum , Sponsor . Pemenang Segmen Template Siapa Paling Cantik Dah Diumumkan (!) Harap Baca :)

http://www.cikfie.com/2013/03/pemenang-segmen-template-siapa-paling.html