Walaupun bukan Islam ..

Assalamualaikum ! Peace ^^


Ketika penghujung era 1800 dan di awal era 1900 , permaisuri-permaisuri di seluruh negara Eropah yang bukan beragama Islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti umat Islam di tanah arab . 

Ini kerana pada saat itu Islam amat kuat dengan kerajaan Khilafah Turki Usmaniah dan kerajaan Islam di negara-negara lain . Sehinggakan pakaian-pakaian umat Islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya . Mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot ataupun ketinggalan zaman , malahan mereka meniru pemakaian tersebut walaupun mereka bukan Islam . 

Namun pada hari ini , selepas kerajaan Islam di Turki dijatuhkan , keadaan menjadi terbalik . Umat Islam menjadi lemah walaupun jumlah mereka ramai . Menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat . 

Di dalam gambar ini , Ratu Austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan Islam . Gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja Eropah . Semua wanita-wanita nomor satu Eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijab dan niqab yang sempurna . 

Kerana pada ketika itu , dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka . Kita mampu berfikir dan mengubahnya !

Sangat hebat ! Bukan Islam tapi berpakaian seperti seorang Islam Mukmin .. :)

3 comments:

Sya said... [ REPLY TO COMMENT ]

SubhanaAllah. Hebatnya Saidina Umar dan pejuang2 Islam dulu. Tapi tengok sekarang ni apa yang berlaku? Umat Islam kita lemah.. :(


Terima kasih atas sharingnya...

Unknown said... [ REPLY TO COMMENT ]

baru pula tahu. dunia akhir zaman.

Unknown said... [ REPLY TO COMMENT ]

Subhanallah... ISlam itu indah sehigga waktu dulu bukn Islam sgt obses dgn pemakaian Muslim mukmin.. Allah. Tapi sekarang....sebaliknya