Mencintai Itu Bahagia


Assalamualaikum. 


Lama rasanya tak menulis secara santai disebabkan kekangan masa yang dihadapi. Tapi alhamdulillah kini dapat menulis dengan lebih kerap lagi, insyaallah. 


Nak cerita tentang novel. Pernah baca novel cinta ? Bagi kaum wanita, of course lah kan pernah baca. Pernah tak rasa bila baca novel cinta tu terasa jatuh cinta dengan hero dia ? Tak kiralah samada watak hero tu jahat ataupun baik. Mesti pernah kan ? 

Novel cinta yang ain jatuh hati dengan watak hero dia ialah novel Teduhan Kasih, Setia Hujung Nyawa & Sebenarnya Saya Isteri Dia. Alah, korang mesti pernah bacakan ? Kadang-kadang tu ada yang jatuh hati dengan watak hero tu sampai termimpi-mimpi padahal tak pernah jumpa pun. Dahsyat gila. 


Hmm macam tu lah juga dengan sirah Rasulullah, Nabi Muhammad kita. Cuba baca kisah-kisah Baginda menghadapi kesusahan, kesenangan, saat Baginda bersama isteri-isterinya dan juga kesakitannya ketika peperangan. Percayalah, di akhir cerita tu nanti, korang akan dapati yang Rasulullah ni sangatlah tabah, kuat, romantik, baik, hensem, dan macam-macam lagi. 

Sebagai contoh, Rasulullah tak pernah mengeluh walaupun hampir setiap hari beliau dicaci, dilempar dengan najis, tahi unta dan bermacam-macam lagi. Baginda juga mengikat perut dengan beberapa biji batu untuk menahan lapar ketika peperangan dan ini menunjukkan Baginda seorang pemimpian yang bertimbang rasa. Walaupun ditawarkan harta, wanita dan segala kemewahan untuk meninggalkan Islam, Baginda menolaknya kerana taat kepada Allah. Sungguh Baginda manusia yang terpuji.

Lebih baik lagi, korang baca sirah nabi-nabi yang lain. Contohnya Nabi Musa, yang dapat membelah Laut Merah dengan hanya mengetuk tongkatnya sekali sahaja. Selain itu, Nabi Yusuf. Tahu tak, Nabi Yusuf adalah Nabi yang paling hensem di kalangan nabi-nabi yang lain. Sehinggakan orang yang tengah potong bawang, bila nampak Nabi Yusuf, secara tak sedar terhiris jarinya. Hebat kan ?

 

Terasa bila mencintai mereka sesuatu yang indah, bukan ? Jadi, jangan sia-siakan cinta itu untuk mencintai manusia yang boleh merosakkan akidah dan membawa kita kepada kemungkaran. Jika cinta, bawalah dia ke syurga. Itulah yang dinamakan cinta dari Allah :)


No comments: