Cara Mencuci Muka Dengan Betul



Assalamualaikum. Lama betul eden tak write-write di blog, hmm apalah nasib blog aku ni :3 

Alrite, Ain nak share dengan korang semua cara mencuci muka dengan betul. Ingat senang ke nak cuci muka ? Tenyeh tenyeh pencuci muka tu, and then bilas ? Howaa, cannot okay ~ 

Ain dari dulu kala lagi memang pakai Fair & Lovely ni. Alhamdulillah semakin baik perubahan dia. Nanti kita buat review Fair & Lovely pulak. Ahakk bajet :3 

Sekarang ni Ain tengah merangkak lagi guna cara-cara ni, tapi apa salahnya kan berkongsi petua kecantikan ~ Ikut sekurang-kurangnya 8 daripada 10 cara mencuci muka dengan betul ni, insyaallah kesannya ketara.

1. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka

Pertama sekali, korang kenalah pilih pencuci muka yang sesuai dengan muka korang. Jangan main pakai je mana-mana jenis, nanti bertambah rosak muka korang. Kalau jenis muka berminyak, disarankan guna yang jenis elemen tanah liat untuk menyerap minyak tu.

2. Guna skrub muka dua kali seminggu

Macam yang kita tahu, dalam badan kita ada banyak sel. Sel-sel tu akan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati akan kekal. Jadi, penting untuk kita gunakan skrub muka untuk menghilangkan sel-sel mati tu. Elakkan dari mengguna skrub muka yang kasar, nanti lagi teruk kulit muka.

3. Guna air dengan suhu sederhana

Elak dari menggunakan air yang sejuk atau air yang panas. Cuma guna air biasa dari paip untuk mengelakkan peningkatan sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.

4. Cuci mekap sebelum guna pencuci muka

Sebenarnya, pencuci muka bukan berfungsi untuk menghilangkan mekap. Tapi ada beberapa produk khusus untuk menghilangkan mekap ni. Lepas dah cuci mekap tu, baru guna pencuci muka.

5. Cuci tangan dengan pencuci antibakteria dahulu

Muka ialah bahagian paling sensitif. Dekat tangan kita, banyak bakteria disebabkan kita menyentuh pelbagai barang sehari-hari. Jadi, basuhlah tangan dahulu dengan pencuci antibakteria sebelum mencuci muka.

6. Fokus pada zon T muka

Zon T merupakan bahagian pipi, dahi dan dagu. Disitu adalah kawasan berpotensi untuk tumbuh jerawat keran minyak banyak pada bahagian itu. Jadi, lebihkan perhatian di bahagian zon T ketika mencuci muka untuk menghilangkan minyak berlebihan.

7. Cuci muka perlahan-lahan

Untuk menjaga kulit muka, adalah penting utnuk mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka dari bawah secara membulat, boleh juga dimulakan dari bahagian leher untuk melambatkan proses kedutan.

8. Tidak keringkan muka dengan tuala atau sebagainya

Selepas mencuci muka, biarkan muka kering sendiri. Elak untuk mengeringkannya kerana tuala korang akan meyerap kelembapan dan khasiat daripada pencuci muka itu. Menyebabkan kulit muka tidak sempat meyerap kebaikan daripada pencuci muka itu.

9. Guna topeng kecantikan untuk muka

Selepas mencuci muka, disarankan untuk mengguna topeng kecantikan atau facial mask untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah korang seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C serta E.

10. Guna ais untuk kecutkan jerawat

Penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit akan mengecut sekaligus mengurangkan tanda kemerahan ataupun iritasi.

Sebagai tambahan, disarankan untuk mencuci muka paling kurang 2kali sehari. Senang cerita, waktu korang mandi tu korang cucilah muka. Kalau 2kali mandi, 2kalilah cuci muka

Kopipes dari mujadafewa.  



April - May GA by Amirah





-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Perfume Original
2. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50
3. Shiseido Black Mask
4. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml
5. Tudung Akel
6. Charm Bracelet Bestfriend
7. Topup RM50
8. Topup RM10
9. Topup RM5
10. Blouse Merah

Pilihan hadiah saya : 
1. Cathy Doll L-Glutathione Magic Cream 138ml
2. Topup RM50 
3. Charm Bracelet Bestfriend 

Tarikh tamat : 15 / 5 / 2014


Mau Cari Gaduh Dengan Gua ?


Assalamualaikum.

Haiyoo harini penat + stress = bengang ! Harini bersamaan 12 Mei 2014, aku baru selesai ambik paper Pendidikan Islam 2 & paper Sejarah 2. Bagi sesiapa yang tak tahu, aku form 4 baru. Hehe muda lagi :3

Kalau dah kata hari Isnin tu, dah komfemlah ada perhimpunan rasmi. Aku sebagai pengawas ditakdirkan pulak untuk menjaga kelas form 5, mungkin sebab aku nampak garang. Nampak je, aku tak lah garang mana pun. Aku jaga kelas 5Iltizam, bersebelahan dengan kelas 5Fathonah.

Uiii, kakak-kakak form 5 toksah dok kata. Depa garang-garang belaka. Ditakdirkan begini ;

6 orang sekawan sedang bersembang & gelak terbahak-bahak tak ingat dunia.

Aku : Kak, pusing depan. Tak perlulah sembang.
Ketua geng : Aduhhh, budak ni. Menyibuk je, aku tak kacau hidup kau pun.
Aku: Hmm * melemparkan senyuman manisku -,-
Penolong geng : Ha tu kan dah kena, padan muka


Oii kakak, lu ingat lu bagus ka hah ? Lu ingat lu besar, gua takut ? Aku yang tengah hangat dengan blazzer apa bagai, berdiri jauh sikit dari situ. Nak kata apa wehh ? Depa tu form 5, pengawas form 5 yang lain pun dah jemu tegoq depa. Hahh aku ni tunggu nak balas ja apa yang depa kata dekat aku. Jangan pandang ku sebelah mata !

Lu tak tengok gua mengamuk lagi kan ? Lu mau tengok ka ? Nanti lu kencing berak bertaburan kottt :3

Aku ni takpa, ok ja sebenarnya. Tapi sekali orang cari gaduh dengan aku, hah tunggulah hang. Gua bukan takut dengan lu, gua cuma sabar. Nabi kita dicerca pun tetap bersabar dan terus menyebarkan dakwah baginda. Kalau setakat aku ni, hmm small matter bro.

Tapi di sini aku nak tekankan, budi bahasa penting. Tak kiralah sesiapa pun, sama ada yang lebih muda atau tua dari kita. Jangan sampai orang geram dengan kita, payah nanti. Dia angkat geng pukul lu orang nanti, bhahaha :p



Take care korang ! Maaf bagi penggunaan AKU -



Teknik Awesome Tidurkan Bayi


Assalamualaikum.

Yey ! Harini Jumaat, esok Sabtu cuti xD

Haa! Korang pernah tak tengok cara tidurkan bayi bagi masyarakat Banjar ? 
Teknik ini dipanggil sebagai -Pukong -

\
Gambar menunjukkan Yusof, 3 bulan berketurunan Arab sebelah bapa, Banjar sebelah ibu amat selesa dan ketawa gembira sebelum tertidur lena teknik Pukong

Hmm ain sendiri tertanya-tanya, kot-kot lah ada orang Malaysia yang masih menggunakan teknik ni. Kelebihan Pukong ni sendiri ialah : 

  • Bayi tidur lebih lena
  • Bayi mudah sendawa
  • Perut tidak masuk angin
  • Selesa walaupun ketika selesema
  • Elak tersedak susu
  • Bayi tidak kesejukan

Tapi bagi ibu-ibu yang nak tidurkan anak cara ni, kenalah berhati-hati. Kalau tak kuat ikatan bayi tu, silap haribulan terjatuh pulak. Sian bayi tu :3


Ikatan Tali Kasut Yang Awesome


Assalamualaikum 
Ain sendiri tak sure kalau kasut sekolah boleh diikat macam ni. Better pergi jalan-jalan korang ikat tali kasut korang macam ni ; 

Tips Ikatan Tali Kasut Awesome
* Ikatan yang Wow ! Gempak
* Ikat menggunakan warna tali yang terang








Korang selalu ikat tali kasut guna ikatan mana ? Share sharelah xD



Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2


As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)



Syiera Firdaus's April Giveaway


Assalamualaikum 


DEADLINE : 1 MEI 2013 


Simple Topap Giveaway by MissEzzatie


Assalamualaikum ..
Giveaway ni hanyalah menawarkan hadiah topap sahaja .. 





Mencari 20 PEMENANG!!
Cepat2 Join!
Mana tahu rezeki korang kan!!




1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM


Assalamualaikum 


DEADLINE : 1 MEI 2014