Ramai orang tersalah sangka tentang ketenangan dalam
hidupnya . Seringkali mengaitkan ketenangan itu atas dasar adanya harta ,
kekayaan dan rupa paras . Walaupun kesemua itu boleh menjadi penyumbangnya , ia
bukan segala-galanya !
Betapa ramai orang yang memiliki rumah yang besar . Tidur
di atas katil yang empuk ! Tetapi , dia tidak selesa dengan semua itu dan sudah
tentu lenanya tidak nyenyak . Namun ada juga yang tinggal di pondok yang buruk
ataupun usang , dan kadang-kadang mereka lebih selesa berbanding kita .
Adapun orang yang di hadapannya terdapat makanan dan lauk
pauk yang serba lazat , tetapi lidahnya tidak merasainya kelazatan makanan
tersebut ! Lebih enak bagi orang-orang yang kadang-kadang makannya hanya
mempunyai satu dua lauk pauk , namun mereka dapat menikmati keenakkan makanan
itu .
Kata Hamka :
Lihatlah bagaimana Allah
membahagi-bahagikan nikmat !
Semua orang menyangka
sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada
makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .
Belum tentu !
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan
kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak
boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua !
Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah
tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi
mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang
orang sangka akan tewas , kita akan melihat
kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan
memberikan keuntungan ! Yang mana jalan
tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam
kehidupannya .
Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu
hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang
dia kehilangan segala-galanya .
Berapa banyak dalam kehidupan kita ,
telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !
Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa
kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan
kita ,
dan kita sekarang berada dalam keadaan
baik !
Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '
Tetapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi hidup
dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !
Ketika kita kata : ' Ya Allah
tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '
Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang
pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup yang telah
Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang
baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu
nikmat yang terlalu besar !
Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah
harapan kita '
Tetapi insan , bukan salah
untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada !
Sebab itu , sebahagian
dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya
daripada sabar !
Ramai orang terpaksa sabar , namun belum
tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .
' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '
Subhanallah !
Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya
!
Ketika orang-orang kafir itu
mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar
As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur ,
ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :
' Jangan bersedih ,
sesungguhnya Allah bersama kita ! '