Tutorial : Mencintai Allah ! :D


ASSALAMUALAIKUM

Ni entry ke berapa ? Ke-7 ! Alhamdulillah ain masih panjang umur nak menulis :D
Ehh jap ! Korang jangan salah sangka , entry kali ni bukan tentang tutorial Blog ! Tapi tutorial Hati , masing masing antara kita mencari redha Ilahi . Jadi tak salah kan ain buad Tutorial Hati ? Heee :D

Sebenarnya , tajuk ni ain tak terpikir nak tulis pun . Tapi alhamdulillah ain dapat idea nak tulis dari kawan kita , nama dia Annie . Big claps to her , bagi tajuk . Thanks awok :D



Oke , berbalik kepada tajuk utama entry kita iaitu : CARA MENCINTAI ALLAH :)

Ada seorang kawan ain , nama dia ? Secret lha ! :P 
Dia beritahu ain , cinta Allah itu cinta yang paling Agung ! Cinta yang berbalas tau ! Tapi , macam mana kita nak mencintai Allah ? 

First) Solat ! Kita kena jaga solat kita tau . Maksud ain bukan protect dia dari orang Jahat , satgi korang pikir pelik pelik pulak :P Maksud ain , lakukan yang Wajib ! Dan kalau ada free time , yang Sunat tu amalkan ye . Pahamkan maksud ayat dalam solat , dan hayati ! Yang penting , Niat :)

Second) Baca Al-Quran . Satu satunya buku yang segala macam ada dalam Al-Quran , takpayah cari tempat lain , search dalam Al-Quran ja ! Tapi sebelum search , korang kena paham dulu maksud dia , pahamkan betul betul dan hayati . Al-Quran tu kan Surat Cinta dari Allah :)

Third) Zikrullah ! Oke , berapa banyak zikrullah yang korang tahu ? Banyak kan ? Jadi , tak kesah lah korang nak berzikir yang jenis macam mana . Tapi ain suka Hafiz Hamidun punya , suara dia merdu jaa :D

Fourth) Mendahulukan cinta Allah . Ain nak tanya , korang ada Boyfriend , boyfie atau apa apa ja lah ? Ada ? Good , korang Jujur :D Tapi kita kena ingat , Allah yang memberi kita cinta manusia ! Jadi , bersyukur lah . Dan jangan sesekali mengabaikan hukum hakam agama semata kerana cinta lain :')

Fifth) Kenali kebesaran nama dan sifat Allah . Nama Allah ada berapa ? Oke , 99 . Pandai ! :D Sifat Allah pulak ? 10 , 20 , 30 ? Sapa nak jawab , angkat kening :P Oke , sifat Allah ada 20 tau kawan :) Pahamkan maksud nama dan sifat Allah , insyaAllah kita akan tahu bahawa hebatnya Allah itu :D

Sixth) Alam Semulajadi . Oke , kalau korang pergi melancong , mesti banyak benda cantik korang tengok kan ? Lagi lagi dekat Jepun . Pokok Sakura dekad sana cantik kan :D Korang try renung , perhati kecantikkan tu semua . Daripada mana datangnya , macam mana boleh tumbuh . Then , korang akan rasa benda tu something yang Superb Awesome :)

Seventh) Bersahabat dengan orang yang mencintai Allah . Soalan , kita boleh observe seseorang tu berdasarkan perilaku dia , betul ? Jadi , tengok kawan korang . Samada diorang tu Decent ataupun Nonsence . Kadang kadang , kesalahan orang lain boleh dijadikan tauladan tau ;)

Lastly) Menjauhi laranganNya . Apa saja benda yang membawa Dosa , itu lah perkara yang dilarang oleh Allah . Jadi senang kan ? Orang tua tua kata : Hang toksah buad perangai tak Senonoh , heee :P

Extra : Doa Mencintai Allah
Ya Allah , kurniakanlah rasa cintaku padaMu , dan cinta pada insan yang mencintaiMu , dan beramal dengan amalan yang membawa pada cintaMu . Amiin .

Yang tu serba sedikit penjelasan tentang cara mencintai Allah oke . * Serba sedikit apa Ain ni , panjang berjela ! Hadoih sorie sangat , hope korang tak bosan baca :')


' Apabila Dia mendekatiku dengan jarak sejengkal , nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta . Apabila dia mendekatiku dengan jarak sehasta , nescaya Aku mendekatinya sedepa . Dan jika dia mendekatiku dengan keadaan berjalan , nescaya Aku mendekatinya dengan berlari lari anak ' ( Riwayat Muslim )

Nota * Allah tu Superb Hebat kan ? :D Semoga kta bersama dapat mencintai Allah :) Semoga bermanfaat ! Jika ada pertanyaan , jangan segan silu nak tanya tau . Assalamualaikum :)


Sayang Dia ! :D


Assalamualaikum . 

Hari ni ain terperasan satu benda , ain masih hidup ! Alhamdulillah :')
Maksudnya , ain masih ada banyak khilaf sepanjang ain hidup dan Allah dengan penuh Maha Pengasih memanjangkan umur ain untuk terus ain beribadah kepada Dia . Hanya Dia ! Iaitu Allah .. Semoga entry kali ni diterima Dia sebagai satu ibadah , Amiin :')

Oke lah , itu mukadimah ja tau . Entry kali ni ain nak cerita tentang Boyfriend ain ! Wuuu mesti korang dah excited kan ? Ha lha , budak ni pun ada boyfriend . Gatalnya , harap blog ja // Being Muslim tapi .. rupanya ada boyfriend . Korang nak tahu sebab apa ain ada boyfriend ? Budak zaman sekarang kan dah MAJU ! Heee :D 

Sebenarnya ain dah lama berkasih sayang , bermesra dengan Dia . Hari ni baru ada keberanian nak tonjolkan lagi si Dia tu . Maklumlah , boyfriend ain ni terlalu Comel ! Kalau orang lain tahu tentang Dia , sure orang lain pun akan suka dekad Dia . Nanti ain jeles , tak boleh tak boleh . 

Tapi kini , ain baru sedar . Dia tu milik semua orang , sesiapa pun berhak memiliki Dia * macam ayat pasrah kan ? Hehe :') Ain tak pernah jumpa Dia , tak pernah bertentang mata dengan Dia . Memang sedih , tak macam kebanyakkan pasangan Couple hari ni . Masing-masing boleh berjumpa , bersembang , buad segalanya bersama . 

Tapi Dia dah janji dengan Ain , suatu hari nanti ain mesti dapat jumpa dengan Dia . Tapi bersyarat ! * Alamak ada syarat lah pulak , takpa takpa . Demi yang Tercinta , insyaAllah apa pun ain sanggup lakukan . Korang nak tahu apa syarat Dia ? 

First) Kena buad something yang Dia suruh .
Second) Tinggalkan larangan Dia samada zahir ataupun batin .
Third) Mencintai orang yang dicintai Dia .
Fourth) Benci kepada apa yang Dia benci . 

Sebenarnya , syarat Dia terlalu Berat . Tapi itu lah syarat sebelum ain dapat jumpa dengan Dia . InsyaAllah ain akan buad semua syarat tu hanya kerana Dia . Cuma Dia !

Korang nak tahu sapa Dia tu ? Jeng Jeng Jeng ..

Allah Subhanallahu Ta'ala 

 * Eh ain ni , tak rock lah ! Ingatkan boyfriend betul . Haha , maaf lah . Saja buad korang Saspen :P Inilah Dia yang ain sayang , ain cinta InsyaAllah . Ain nak jumpa Dia , korang doakan ain dapat jumpa Dia tau ! :') 

Jika Allah mencintai seseorang , Dia akan berkata ' Wahai Jibril , aku mencintai si Fulan ! Maka cintailah si Fulan tersebut ' Kemudian , Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit , bahawa - Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan , maka cintailah dia !
( Riwayat Ahmad )

Subhanallah ! Indahnya Cinta Allah :') 


Nota * Allah itu berhak dicintai , cintailah Dia hanya kerana Dia ! Semoga entry kali ni memberi manfaat :D maaf jika ain ada terkasar bahasa , bersama meraih cinta Ilahi ! :D Klik sini sekejap , tenkiu ! :D 

Jap jap , lupa nak bagi salam . Assalamualaikum semua ! :)