FESYEN NIQAB MIZZ NINA DIKRITIK NIQABIS


Assalamualaikum.

Isu fesyen niqab ni bukan lagi isu yang baru. Isu ni pernah diperkatakan beberapa minggu yang lalu selepas penyanyi terkenal antarabangsa Mizz Nina memodenkan niqab yang menjadi pakaian para isteri Rasulullah dahulu. 


Pada pendapat Ain, niqab tidak sesuai jika dimodenkan dan ditambahkan tabarruj. Seperti yang kita semua sedia maklum, niqab bertujuan untuk menjaga si pemakai daripada mata-mata liar. Tapi, jika ditambahkan tabarruj, takkah menyerlahkan si pemakai. 

Ada juga pendapat daripada Abby Abadi yang berpandangan bahawa imej Islam, iaitu pemakaian niqab itu dipergunakan.


Selain Abby Abadi, beberapa orang niqabis juga memberikan pandangan bahawa niqab tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu fesyen kerana ia seolah mencemar pakaian mulia isteri Rasulullah serta imej Islam sendiri. 


Mungkin pihak Mizz Nina belum sepenuhnya memahami nilai-nilai mulia di sebalik pemakaian niqab ini. Niqab ialah pakaian mulia, bukan untuk berfesyen dan bertabarruj. 
Diharap menjadi iktibar buat semua :)


#DIANARASHID

No comments: