Kita dan Cinta :)



Ya Allah Ya Ilahi 
Ajarkanlah kami untuk menjadi orang selembut Abu Bakar As-Siddiq , 
Seteguh Umar Bin Al-Khattab ,
Sepemurah Uthman Bin Affan , 
Sepintar Ali Bin Abi Thalib . 

Kerana di usia ini , 
Dengan dunia yang Engkau ciptakan di akhir zaman , 
Kami sentiasa didedahkan dengan pelbagai perkara , 
Segala yang baik dan buruk telah dicampur-adukkan , 
Teguhkan lah kami , agar JannahMu tempat terakhir kami di Sana ,
Amiin Ya Rabbal A'lamin



ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah hari ni kita masih bernafas , dapat stay depan laptop / komputer bukak macam-macam laman web . Semoga barakah Allah sentiasa ada dengan kita , Amiin :')

Oke lah , hari ni kita akan cakap tentang CINTA . Kita start dengan Story morry dulu oke ? :D


Nur : Assalamualaikum ustazah . Nak jumpa saya ?
Ustazah : Ya , memang saya nak jumpa kamu ! Jangan duduk , berdiri sahaja ! Kamu tahu kenapa saya nak jumpa kamu harini ?
Nur : Maaf ustazah , saya taktahu .
Ustazah : Couple kamu tahu , tapi kamu buad taktahu . Kamu tu pelajar harapan sekolah , pakai tudung labuh tapi kenapa kamu buad perkara tak senonoh !? Kamu dah BERZINA , tahu ? 
Nur : * Terdiam .. :'(
Ustazah : Kamu ni memang memalukan ! Harap saja pakai tudung labuh , perangai mengalahkan syaitan ! 
Nur : Allah .. :'( 


Exclusive buad Pengajar 

Ain pernah jadi ustazah .. Kepada adik ain , kawan-kawan ain . Kami semua saling kongsi pendapat tentang situasi yang sering berlaku di kalangan remaja seusia . Tak dinafikan , couple dah jadi benda biasa di kalangan kita semua . Di mana-mana pun , kita akan jumpa pasangan sebegini .

Salah seorang Ulama' terkenal * ain tak ingat nama dia , maaf :( * dia pernah berkata , bercinta selepas berkahwin itu lebih indah . Ya , memang betul ! Tapi dia juga berkata , nak kenal sebelum kahwin boleh . Tapi ada BATASAN ! Ingat , kita ada penjaga . Allah , yang sentiasa memerhati !

Ramai pengajar , bila berdepan dengan situasi seperti di atas , mereka sangat marah . Sangat kecewa , begitu juga ibu bapa . Mereka dengan serta merta melepaskan kemarahan itu , masyaAllah .. Islam itu lembut dan indah . Ada banyak cara untuk menegur tapi kenapa mengunakan cara yang keras .. :'(

Teringat kisah Nabi Musa , ketika berdebat dengan Firaun . Tiada langsung penghinaan , cuma kelembutan . Ingat , Rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat , bukan penglaknat !

Nampak ? Betapa Indahnya Islam ! Cuma kelembutan , bukan kekerasan :')

Exclusive buad Pelajar

Ain cuba paham apa yang kawan-kawan ain pernah alami . Bukan mudah untuk memahami mereka , memerlukan keyakinan , dan keteguhan agar mereka boleh percayakan ain sendiri . Sekolah ain cuma sekolah biasa , bukan sekolah agama . Jadi gejala seperti ni , memang banyak .

Apa yang ain nampak , mereka memberontak , hati mereka jadi sukar untuk dikawal . Jika hendakkan kelembutan , berikanlah kelembutan , bukan kekerasan ataupun penghinaan ! Apabila ibu bapa mereka menghina , guru mencaci , kelembutan dalam diri mereka bagaikan hampir-hampir hilang .

Kawan .. Pintu Syurga itu sentiasa terbuka untuk kita selagi masih bernafas :') Gunakan peluang yang ada untuk kembali ke pangkal jalan . Pedulikan apa yang orang kata , asalkan kita sentiasa tanam dalam hati . Bahawa , Allah itu sentiasa ada untuk kita . Mendengar rintihan , tangisan kita .. :')



Teguhkan hati dan perasan ! Sentiasa dekadkan diri kepada Allah . Dia Maha Penolong , segalanya akan kembali kepada Dia . Hadirkan Allah dalam setiap perlakuan kita , insyaAllah rahmatNya sentiasa ada :') Elakkan pemberontakan , teruskan dengan kelembutan . Minta lah doa kepada yang Esa :') 

Semoga kita sentiasa kuat dalam setiap dugaan , kerana .. 


See ? How awesome He is , right ? :D 

Without Allah on your side , nothing you can do ! But , with Allah on your side , there's nothing impossible .

So , how do you feel right now ?
Remember , Remaja Pemangkin Ummah ! Yeaahh ! :D


INI BUKAN ENTRY UNTUK GALAKKAN ZINA !


Nota * Jangan jerumuskan diri anda ke lembah zina , bawa orang yang tersayang ke jalan yang benar . Baru Awesome ! ^^









1 comment: