Assalamualaikum. Lama betul eden tak write-write di blog, hmm apalah nasib blog aku ni :3
Alrite, Ain nak share dengan korang semua cara mencuci muka dengan betul. Ingat senang ke nak cuci muka ? Tenyeh tenyeh pencuci muka tu, and then bilas ? Howaa, cannot okay ~
Ain dari dulu kala lagi memang pakai Fair & Lovely ni. Alhamdulillah semakin baik perubahan dia. Nanti kita buat review Fair & Lovely pulak. Ahakk bajet :3
Sekarang ni Ain tengah merangkak lagi guna cara-cara ni, tapi apa salahnya kan berkongsi petua kecantikan ~ Ikut sekurang-kurangnya 8 daripada 10 cara mencuci muka dengan betul ni, insyaallah kesannya ketara.
1. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka
Pertama sekali, korang kenalah pilih pencuci muka yang sesuai dengan muka korang. Jangan main pakai je mana-mana jenis, nanti bertambah rosak muka korang. Kalau jenis muka berminyak, disarankan guna yang jenis elemen tanah liat untuk menyerap minyak tu.
2. Guna skrub muka dua kali seminggu
Macam yang kita tahu, dalam badan kita ada banyak sel. Sel-sel tu akan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati akan kekal. Jadi, penting untuk kita gunakan skrub muka untuk menghilangkan sel-sel mati tu. Elakkan dari mengguna skrub muka yang kasar, nanti lagi teruk kulit muka.
3. Guna air dengan suhu sederhana
Elak dari menggunakan air yang sejuk atau air yang panas. Cuma guna air biasa dari paip untuk mengelakkan peningkatan sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.
4. Cuci mekap sebelum guna pencuci muka
Sebenarnya, pencuci muka bukan berfungsi untuk menghilangkan mekap. Tapi ada beberapa produk khusus untuk menghilangkan mekap ni. Lepas dah cuci mekap tu, baru guna pencuci muka.
5. Cuci tangan dengan pencuci antibakteria dahulu
Muka ialah bahagian paling sensitif. Dekat tangan kita, banyak bakteria disebabkan kita menyentuh pelbagai barang sehari-hari. Jadi, basuhlah tangan dahulu dengan pencuci antibakteria sebelum mencuci muka.
6. Fokus pada zon T muka
Zon T merupakan bahagian pipi, dahi dan dagu. Disitu adalah kawasan berpotensi untuk tumbuh jerawat keran minyak banyak pada bahagian itu. Jadi, lebihkan perhatian di bahagian zon T ketika mencuci muka untuk menghilangkan minyak berlebihan.
7. Cuci muka perlahan-lahan
Untuk menjaga kulit muka, adalah penting utnuk mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka dari bawah secara membulat, boleh juga dimulakan dari bahagian leher untuk melambatkan proses kedutan.
8. Tidak keringkan muka dengan tuala atau sebagainya
Selepas mencuci muka, biarkan muka kering sendiri. Elak untuk mengeringkannya kerana tuala korang akan meyerap kelembapan dan khasiat daripada pencuci muka itu. Menyebabkan kulit muka tidak sempat meyerap kebaikan daripada pencuci muka itu.
9. Guna topeng kecantikan untuk muka
Selepas mencuci muka, disarankan untuk mengguna topeng kecantikan atau facial mask untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah korang seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C serta E.
10. Guna ais untuk kecutkan jerawat
Penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit akan mengecut sekaligus mengurangkan tanda kemerahan ataupun iritasi.
Sebagai tambahan, disarankan untuk mencuci muka paling kurang 2kali sehari. Senang cerita, waktu korang mandi tu korang cucilah muka. Kalau 2kali mandi, 2kalilah cuci muka
Kopipes dari mujadafewa.
7 comments:
selalunya main bedal je cuci muka..hahaa
dah tegh ad jrwat ni..g ambik ais sat la..haha :D
안녕하세요~ HI~ this is Twinscraftlife! please visit our blog shop! we sell various cool handmade stuff!! 꼭 오세요~~^^
twinscraftlife.blogspot.com
owh..begitu...^^
i see...=D
Oh mcm tu rupenye..terima kasih atas perkongsian :)
"thanks ya, isi artikelnya keren.
bisa bantu untuk menyelesaikan tugas saya..
oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki wanita dewasa berkualitas dan banyak pilihannya..
Trims :)
salam kenal...
Artikelnya jelas sehingga mudah dimengerti...
oya kak kalau untuk tips mencuci kaos kaki wanita kak tau gak?...
terima kasih ya atas infonya..
lamanya tak lawat sini, Zue ni pun jenis yang malas cuci muka, thanks ye sebab share ilmu ni
nah, ni ilmu untuk cegah jerawta pulak! do visit ye..
http://melaedah.blogspot.com/2015/02/makanan-cegah-jerawat-yang-korang-patut.html
Post a Comment