HUKUM : Haram Ke Majlis Perkahwinan Apabila ..


Assalamualaikum.



Semua sihat ? Dah nak habis cuti sekolah, baru nak sakit. Amboi hehe.
Ain nak cerita sikit tentang hukum hakam dalam Islam ni. Penting tau! Kalau tak tahu, wajib belajar. Tentang haram ke majlis perkahwinan apabila .. 

  • Eh. Kenapa tiba-tiba sahaja cerita pasal hukum haram nak pergi kenduri kahwin ? 
  • Hukum haram, kenapa pula ? 
Ayat yang ain cuba nak sampaikan mungkin korang akan pening sikit. Sebab ain jenis tak reti terang. Tapi ain akan usaha juga terang. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya. Jangan segan-segan
Akan jadi hukum haram bila kita ke majlis perkahwinan yang kita tak dijemput

Sekarang ni kan musim cuti, mesti banyak majlis perkahwinan diadakan. Betul ? Ok. Bila kita dijemput ke majlis perkahwinan, kita digalakkan untuk pergi. Kerana ? 
  • Dapat makan free, of course. Hehe.
  • Rasulullah, bila dapat jemputan ke majlis perkahwinan atau mana-mana majlis, baginda akan berusaha untuk pergi. Untuk memenuhi jemputan. Ikutlah Rasulullah ye ;)
Nak tahu kenapa hukum jadi haram ? Jom baca dialog di bawah. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog Pertama

Halim : Assalamualaikum man! Nanti jemputlah datang ke majlis perkahwinan anak aku, si milah tu.
            Dekat dewan pukul 12 tengahari.  

Rahman : Waalaikumussalam. Wah tahniah lah, tak lama lagi dapat cucu ko ye. Hehe.                            
               Insyaallah aku datang.

Kesimpulan
Pak Cik Rahman haram membawa ahli keluarganya ke majlis perkahwinan anak Pak Cik Halim kerana Pak Cik Halim hanya menjemput Pak Cik Rahman sahaja. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog Kedua

Halim : Assalamualaikum man! Nanti jemputlah datang ke majlis perkahwinan anak aku, si milah tu.
           Dekat dewan pukul 12 tengahari. Bawalah sekali ahli keluargamu yang lain. 

Rahman : Waalaikumussalam. Wah tahniah lah, tak lama lagi dapat cucu ko ye. Hehe.
               Insyaallah aku datang dengan ahli keluarga yang lain.

Kesimpulan
Pak Cik Rahman boleh membawa ahli keluarga ke majlis perkahwinan anak Pak Cik Halim kerana Pak Cik Halim menjemputnya datang bersama ahli keluarga yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa haram ? Baca detail di bawah. 
  • Ahli keluarga Pak Cik Rahman haram untuk makan makanan yang disediakan kerana ia dinamakan ' makan makanan yang merupakan hak orang lain ' Boleh jadi dosa tau!
Begitulah ceritanya. Hehe. Maklumat ini penting untuk kita yang bergelar Islam. Harap disebarkan untuk kebaikan bersama. Terima kasih sudi baca. Wassalamualaikum :)
Sebarang pertanyaan, dipersilakan untuk bertanya di ruangan komen. Sertakan sekali link blog. Nanti senang ain nak jawab pertanyaan korang di cbox or ruang komen di blog korang

- Jika ada sebarang kesalahan, mohon diperbetulkan -

13 comments:

  1. :) nice info. maybe saya boleh tambah, ada budaya di sesetengah tempat mensyaratkan tetamu bawa kad undangan. ala-ala private party sebab nak elak tetamu tak diundang.
    :)

    ReplyDelete
  2. nice share untuk maklumat sesama muslim :)

    ReplyDelete
  3. Assalam ukhty...ana fhm...tpi klau si penjemput berkata "datanglha rahman"shj..tp niat yg sbnrnyer si penjemput menyuruh sekali ahli keluarga untuk pergi..jadi bolehkan family rahman pergi ke sane??Wallahualam

    ReplyDelete
  4. @Siti Noor Huda Waalaikumussalam dear. Kalau ain salah, tegur ye. Niat seseorang tu kita tak tahu, jadi tak boleh juga. Melainkan kita pergi majlis tu, kemudian tanya tuan rumah untuk bawa family. Kalau dia bagi, bolehlah pergi. Hehe :)

    ReplyDelete
  5. wah . entri menarik , jemput join sini : http://ainiezulaikha.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-5-bulan-by-eka.html

    ReplyDelete
  6. waaah menarik! :D hahaks sweet lah gambar tu, haha kesitu pulak kita :)

    ReplyDelete
  7. menarik,selama ni tak tahu pon, good info

    ReplyDelete
  8. wahh taktau pulak :D
    terima kasih sebab beri ilmu baru. may Allah bless you <3

    ReplyDelete
  9. Btul tu Ain. Bila kawan ajak p kenduri, mesti abah tanya, dia ajak famili sekali ke? Hehe nice info!

    ReplyDelete
  10. Pernah dengar hal ini.. Tapi maaf ingin bertanya juga,term 'ahli keluarga' tu kalau pak rahman tu ada menantu dan cucu, macammana pula ye..Boleh tak pergi sekali?

    cekelatmanih.blogspot.com

    ReplyDelete

Perhatian ! Sila tekan publish sekali sahaja , nanti Ain approvekan . Thankyou :)