Blog Akan Nyawa-Nyawa Ikan Menjelang Tahun 2014-2015


Assalamualaikum. 


Alhamdulillah, nak tamat dah kan tahun 2013. Tahun yang penuh dengan barakah. 

Tahun 2014. Merupakan tahun yang paling teruja ain rasa. Bila genap tarikh 10 Sepetember, maka genaplah juga 16 tahun ain dah hidup. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. 

Ok. Merepek pula. Hehe. Ain akan tinggalkan dunia blogging untuk sementara waktu. Ain mohon sekolah - MADRASAH ZUBAIDIYAH - di Merbok. Dan alhamdulillah permohonan diluluskan. Ain duduk asrama. 31 Disember ni ain akan register masuk sana. Mungkin setiap 2 minggu sekali ain akan balik rumah. 

Ramai yang tanya, ain nak ambik kos apa bila masuk sekolah tu. Hmm ain insyaallah akan ambik kos sains ataupun syariah. Sekolah tu untuk kelas tingkatan 4 ada 1 kelas sahaja. Belajar banyak kos. Sains, Akaun, Al-Quran & Sunnah, Syariah dan macam-macam lagi. Pergi sana nanti, baru ain akan pilih kos mana yang ain betul-betul nak focus. 

Ain akan rindukan blog ain. Akan rindukan blog-blog favourite ain. Akan rindukan pembaca setia blog ain ni. Ada ke pembaca setia ? Haha. 

Kenapa pergi jauh sangat ? Kenapa tak belajar dekat dengan rumah sahaja ? I am looking forward to my future. Insyaallah ain nak jadi peguam syariah. Perlukan pengorbanan untuk setiap impian kita, kan? Doakan ain supaya pilihan ain ni tepat. 
Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Jangan pernah menyesal atau merungut tentang apa yang telah berlaku. Cuma perlu berusaha untuk bangun dan teruskan perjuangan
Apa-apa hal yang korang nak tanya, nak kongsi bolehlah PM ain di facebook ye.
Insyaallah dalam masa terdekat ain akan balas. 

Kepada semua pemenang yang menang dari hadiah yang ain sponsor. Diharap bersabar. Ain akan beri hadiah korang, cuma cepat atau lambat sahaja. Maaf atas kesulitan.

Untuk Tempahan Blog

BANK IN SAHAJA

Kalau nak dalam masa yang singkat, ain terima yang nak tempah simple-simple sahaja.
- HEADER | FOOTER | WATERMARK | BANNER -

Kalau sanggup tunggu dalam masa sebulan, ain terima tempahan yang agak complicated. 
- FULL EDIT BLOG | HALF EDIT BLOG -

Jaga diri korang. Semoga semua dicucuri rahmatNya. Jangan lupa doakan ain tau! Wassalamualaikum :)

4 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah dik...walaupun dimana adik smbung pelajaran..akak doakan adik bejaya dalam pelajaran dan kehidupan...

    ReplyDelete
  2. may Allah bless us.. Mak akak slalu cakap, kejar cita-cita, jangan kejar cinta.. hehe..

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya di skola baru :)

    ReplyDelete
  4. Laa... menyesal x ikut pkmbangan blog nie dari awal dulu. baru je nak kenal blog nie.. :(

    ReplyDelete

Perhatian ! Sila tekan publish sekali sahaja , nanti Ain approvekan . Thankyou :)