Lelaki Idaman .. :')

Assalamualaikum ! Peace ^^ 
P/S : Tekan gambar jika tak berapa jelas 
Komik yang mengisahkan kemuliaan & kepatuhan seorang pelajar lelaki Muslim . 
Ini kisah benar dan Ain yakin korang yang membaca pasti terharu :') 


Seorang pelajar lelaki yang kini menuntut di Delhi . Pada suatu malam , dia belajar di sebuah masjid bersuluhkan api lilin . 
Di kawasan yang sama , seorang perempuan dalam perjalanan menuju ke rumah saudaranya . Namun , rusuhan tercetus oleh penduduk setempat dan jalan itu tidak lagi selamat . 
Perempuan itu tidak dapat mencari tempat perlindungan yang lain kecuali masjid yang berdekatan . 
Apabila pelajar lelaki terlihat perempuan itu , dia menyuruh perempuan itu keluar dari masjid dengan segera . 
Setelah mendengar penerangan perempuan itu , pelajar lelaki itu terdiam dan meminta dia duduk di satu sudut . Kemudiah , pelajar lelaki itu kembali belajar di sudutnya sepanjang malam . 
 Ketika dia sedang belajar , terlihat seketika dia meletakkan jarinya pada api lilin . 
Perempuan itu memerhatikan tingkah laku aneh pelajar lelaki itu dengan senyap sekali . 
Perempuan itu adalah anak kepada orang kaya dan ibu bapanya ingin menunangkannya dengan anak orang kaya yang lain . 
Selepas kejadian itu , perempuan tersebut menolak cadangan itu dan berkata : " Saya ingin berkahwin dengan seorang pelajar tertentu yang tinggal di sebuah masjid " Ibu bapa dan saudara-mara beliau berusaha meyakinkan beliau dan ramai pula yang mula berfikiran buruk tentang beliau . Apabila beliau perhatikan keadaan ini , beliau menjelaskan kepada mereka akan seluruh kejadian itu .. dan berkata , " Saya hanya akan berkahwin dengan dia kerana dia mempunyai perasaan takut kepada Allah di dalam hati . Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah tidak akan menyebabkan mudarat kepada sesiapa "

Wahai bakal imamku .. Aku berkehendak sedemikian . Mendapat imam yang dirinya gentar bersama perempuan hanya semata-mata kerana Allah . Dengarlah albi nadak .. jika aku berkehendak berdemikian , insyaAllah aku akan berusaha untuk jadi sedemikian juga . Take care my future zauj , you will be alrite under the aegis of Allah . 
 You :') 


5 comments:

Perhatian ! Sila tekan publish sekali sahaja , nanti Ain approvekan . Thankyou :)