INFO : Bahaya Mengukir Inai

Assalamualaikum ! Peace ^^ 

Pagi tadi , waktu OPS SEGAK dekat sekolah . Cikgu tanya pengawas ada dak di kalangan pelajar yang pakai inai ukir di tangan . Senang cerita yang dok buat corak-corak tu , maklumlah Ain sekolah menengah jadi macam-macam fesyen ada , haha :D

MENGUKIR INAI DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

 

Kalau lagi senang korang nak tengok yang LIVE punya pi tengok pengantin perempuan dekat majlis-majlis perkahwinan . Bagi sesetengah wanita , mengukir inai di tangan ni cantik dan nampak sopan . Tapi pendapat Ain , tak berapa . Sebab Ain suka yang natural punya . No edit-edit orang kata , hehe ^^ 

Jom kita tengok hadith Rasulullah S.A.W tentang ni :

Dari Ibnu Umar R.A katanya :                                                                         " Bahawasanya Rasulullah S.A.W mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan . Dan Rasulullah S.A.W mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu " (Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Ada lagi , ni haa ! : 

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
" Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain , wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain , wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir) " (Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz menjelaskan bahawa :

" Inai berukir ala tatu tak boleh ! Ia dilaknat Allah . Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu , kalau nak pakai inai , pakailah betul-betul hujung jari ! "

Walaupun inai sebenar dipakai di hujung jari , Ain tetap tak suka . That's my opinion , setiap orang berlainan cara berfikir dan perspektifnya . Terpulang kepada individu tersebut , asalkan segala yang kita lakukan semuanya kembali kepada hukum Islam . Holla ! ^^ 

1 comment:

Perhatian ! Sila tekan publish sekali sahaja , nanti Ain approvekan . Thankyou :)